Thursday 17 January 2013

Fisabilillah

Bismillahirahmanirrahim. Aku mohon maaf segala tindak tanduk aku yg kasar selama ini ya. Mohon dimaafkan dan dilupakan meskipun susah. Bukan niat aku untuk berubah secara drastik, mungkin ada yg belum tahu, aku telah melakukan penghijrahan yg aku anggap sepatutnya dari dulu aku buka mata aku untuk lihat semua ni. Pertama sekali, aku dah bertudung. Aku masih terkial kial mencari identiti aku sebagai seorang wanita Islam. Di mana aku patut mula, dengan siapa aku patut rujuk ? Macam macam ada dalam kepala otak ni. Saban malam, sebelum tidur, aku kerap pikir sesuatu. Sesuatu yg kemudianlah aku bagitahu k. 

Betul laa apa orang cakap, tak mudah rupanya nak berhijrah ni. Mula mula nak pakai tudung, semangat dah ada.Tetiba ada mcm bisikan hati ni cakap pulak, mungkin belum masa dia lagi. Hmm. Dugaan datang lagi saat teringat time aku free hair banyak gambar kenangan aku dengan penguin,meeqaa dgn mely. Sayangnya gambar tu semua cuma boleh buat tatapan kami saja lepas ni. Sorry laa Meeqaa penguin Mely :( Dah tuu, baju aku ni haa, fesyen apa taktau. HAHA. Banyak dah baju aku tak boleh pakai. Bukan sebab tak muat, sebab tak menepati kriteria sebagai seorang muslimah. Hmm. Pakai nanti rasa macam tak kena :/ Tapi aku kuatkan semangat Fisabilillah. Hanya kerana ALLAH. Tiada sebab lain. 

Lepas tu, makin banyak pulak aku dengar perubahan itu ini daripada hamba hamba Allah ni. Seronok dengar Qamarina bercerita. Rasa indah dia tuu. Kawan kawan aku mestilah sokong aku. Ibu, abah, tok semua suka. Alhamdulillah. Semua gembira aku tumpang gembira. Abah Mae ja taktau anak dia lain dh sekarang. Hmm. Nanti dia tau jugak kan :) Kalau ada yg jauhkan diri daripada aku tu, aku taulah kenapa dia berkawan dengan aku kan. 

Dan yg paling aku takut sekali, tumbuh perasaan riak dalam diri. Tolong laaa, jauhkan perasaan riak atau erti kata lain perasaan rasa aku dah semakin bagus. Jauhkan jauhkannya dari aku. Aku takut sangat nanti niat aku untuk berhijrah jadi sesuatu taksub aku sampai terdorong dek perasaan riak tu. Tak tipu. Air mata aku mengalir di saat pertama kali aku melangkah kaki keluar rumah bertudung. Aku mula tanamkan sayang aku yg dulu rapuh kepada yg Esa. 

Sesuatu yg aku fikirkan sebelum tidur ialah, macam mana pergaulan aku nanti ? Nisa yg dulu semua tak kisah. Aku rasa aku dah ada jawapan dia. Nisa yg dulu dengan Nisa sekarang sama ja. Takdak beza. Aku yg kena pandai jaga batas aku sendiri. Kalau ada antara kawan lelaki aku yg tak selesa dengan Nisa yg sekarang takkan nak paksa terima pulak kan. Sebab tekad dalam hati, ini bukan sekadar penghijrahan daripada seorang yg tak bertudung kepada yg bertudung, tetapi seorang perempuan yg dahagakan kasih dan perhatian Maha Esa yg lama aku tinggalkan. 


Fa 'iza 'azamta fatawakkallah
Setelah kamu berazam maka bertawakallah.

No comments:

Post a Comment